DUN N04 – Lendu

Ahli DUN Lendu – YB Datuk Sulaiman Bin Md Ali

VISI

Berusaha melonjakkan pembangunan DUN Lendu menjadi sebuah DUN yang maju dan produktif dengan masyarakatnya yang harmoni serta utuh dan mencapai kualiti hidup yang tinggi melalui perlaksanaan program pembangunan dari aspek fizikal, sosioekonomi, modal insan dan juga merapatkan jurang digital.

MISI

Menjadikan DUN LENDU sebagai sebuah DUN yang maju, menarik dan menguntungkan dengan masyarakat nya yang berilmu, berpengetahuan, proaktif, berdaya saing, bersatu padu, progresif, berjati diri serta memiliki minda kelas pertama.

LOKASI

Terletak lebih kurang 27 kilometer daripada Bandar Melaka dan 13 kilometer dari Bandar Alor Gajah dan kawasan segi tiga perlancongan iaitu A’famosa resort, pantai peranginan Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara.

Selain dari itu terdapat juga institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi MARA Cawangan Lendu. Terdapat enam buah sekolah rendah kebangsaan dan dua buah sekolah rendah jenis kebangsaan cina.

Rmpat buah sekolah menengah kebangsaan dan juga sebuah sekolah menengah Tahfiz Al-Quran.

AKTIVITI KEBERSIHAN, KESELAMATAN & KEAGAMAAN

Bagi menjaga aspek keselamatan dan mencegah jenayah serta penyalahgunaan dadah, kumpulan ronda Sukarela SRS telah ditubuhkan untuk menjalankan rondaan secara berkala disamping bantuan pihak berkuasa seperti Polis, AADK dan juga Jabatan Perpaduan Negara.

Bagi mengujudkan persekitaran dun yang bersih, pihak japerun akan menjalankan program gotong-royong bersama penduduk dun dengan kerjasama agensi, pertubuhan NGO dan juga pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Pengujudan Biro Agama diperingkat JKKK juga turut membantu pihak dun mengimarahkan lagi masjid-masjid dan surau-surau yang ada di dalam dun untuk menjalankan aktiviti keagamaan bagi membentuk rohaniah masyarakat. Dengan kerjasama pihak dun pelbagai aktiviti seperti Taqaroob Ramadhan, kursus jenazah dan Tilawah Al-quran dapat dijalankan.

AKTIVITI KEBAJIKAN

Pihak DUN juga mengambil tindakan pro-aktif bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah dan juga lain-lain jabatan bagi membantu pihak jkkk dan juga masyarakat setempat membela anggota masyarakat yang kurang bernasib baik atau ditimpa bencana seperti banjir dan kebakaran.

Pihak DUN juga membantu dalam memudahkan lagi pembayaran dan pendaftaran BRIM kepada penduduk setempat.

KEMUDAHAN ASAS & INFRASTRUKTUR

Pihak pentadbiran dun lendu telah mengambil inisiatif untuk membantu dalam memberikan kemudahan kepada penduduk setempat dalam menyediakan kemudahan infrastruktur bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di dalam dun lendu.

Di antara pembangunan yang telah sedia ada:

  1. Balairaya
  2. Pusat latihan rela
  3. Tabika kemas
  4. Pusat gunasama ibu tunggal
  5. Bangunan jalur lebar
  6. Kampung tanpa wayar
  7. Galeri / bengkel kraftangan
  8. Surau
  9. Bekalan air bersih / terawat
  10. Bekalan elektrik

KEMUDAHAN ASAS

1 Balairaya 12
2 Kompleks JAPERUN 1
 3 Dewan MPAG / PBT 2
4 Perpustakaan awam / desa 1
5 Pusat Komputer Komuniti 3
6 Pejabat Pos 1
7 Telefon awam 10
8 Tandas awam 2
9 Pondok bas 23
10 Lampu jalan 802
Jumlah 857

RUMAH IBADAT

1 Masjid 6
2 Surau 28
3 Tokong Cina 3
4 Kuil Hindu 2
5 Gereja 1
Jumlah 40

KESELAMATAN

1 IBU PEJABAT POLIS DAERAH
2 BALAI / PONDOK POLIS 2
3 KEM TENTERA 1
4 BALAI BOMBA & PENYELAMAT 1
JUMLAH 4

KESIHATAN

1 KLINIK KESIHATAN 0
2 KLINIK 1 MALAYSIA 1
3 KLINIK DESA 1
JUMLAH 3

Like Kami di Facebook